Dream & be Inspired by Wyona

Thursday, 21 February 2013

Syaitan Itu Musuh Yang Nyata .

Assalamualaikum .. * jawab * ..
okeih , hari ni fiqaa nak kongsi artikel ini bersama korang . Kalau korang tak suka tak pe . fiqaa tak marah pun . Ini hanya untuk pengetahuan am sahaja .. :) . Selain itu , fiqaa nak tanya ni , ada ke perangai seseorang itu sejahat syaitan .  tak dak kan . pelik lha siapa-siapa yang kata seseorang itu perangai macam syaitan . Allah telah mencipta dia manusia. Kenapa harus memanggil dia syaitan . Kita tak berhak nak menentukan seseorang itu , #TakeNote . Kalau dah tak berpuas hati dengan seseorang itu , apa kata kalau kita cakap dekat dia secara elok-elok . kan baik . Ini tidak. Asyik kutuk belakang je. Bilalah kawan tu nak berubah kalau kita tak tegur , Ini bukan ceramah kay , *fiqaa bukan nak marah tapi kenyataan * , Berubahlah sikap anda sebelum sikap anda diubahkan ..






Eih , lain tajuk ,. okeih fiqaa start dluu ..


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
 

#TakeCare
Back to top

No comments:

Post a Comment